Image hosting by Photobucket





u-nite
Malaysia

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Counter:
hits
Online Users


UNITE Clock

UNITE's Objectives:

1. Propose countrys evocation by strengthen the intellectual.

2. Upgrading the group of intelectual to become a group of force and revaluate the good society.

3. Increasing societys alertness relating to local and international current issues?social problems.



Underlying Principle of UNITE:

1. Freedom.

2. Practical through upgrading the societys awareness.

3. Multiracial.

4. Aggressive.



UNITE's Exertions:

1. Academic's workshops and discourse regarding current issues and social problems in Malaysia.

2. Students' paradigm and intelectual discussions.

3. Distribution of pamphlets, handbills and posters about the importance of intellectualism fighting in Malaysia.

4. Stand-up fighting for the nation's and ethnic's harmony by cultivating the ethics and religious culture into all races.



UNITEs Movement:

1. We will response all local and global issues through newspaper, groups, UNITEs and handbills.

2. Writing about students intelectualism evocation and pure rationality spirit.

3. Distributing pamphlets, handbills, brochure in public area (LRT, Pudu, Dataran Merdeka) in campus (through mobilation UNITEs activis all over the country). Downloading the materials from UNITEs blog (will be credit).

4. Joining the behaviors, expressions and students paradigm event, social work (help the poor, cleaning certain critical area). Providing human source for students work in national stage.



Handwriting in UNITEs Blog:

1. Heavy handwritings.

2. News handwriting (distributing the handbills) or critical issues handwriting that should be announced.

3. Cynical and critical handwriting.



Indoctrination Productivity and Symbols Processing:

1. Button Badges.

2. UNITES T-Shirts.

3. High-Quality bookmarks.



Membership:

Open to all society.



Organizational Structure:
PRESIDENT
VICE PRESIDENT
WOMEN COORDINATOR
SECRETARY
R & D EXECUTIVE
IT EXECUTIVE



We hope that all society who are interested to become UNITE s activist please distribute all handbills events organized by UNITE. Our organization works will be well manifested via this external proxy.


Any comments? Just email us :
unite.info@yahoo.com










If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Nov 17, 2006
Edaran poster bengkel isu

 

Assalamualaikum...

Bersama anda sebarkan maklumat Bengkel Tindakan Isu anjuran kami.

Bengkel ini berhasrat memberi gambaran umum berkenaan isu kompleks yang berlaku seluruh dunia. Dengan memahami pokok atau formula isu, mudah bagi kita menelusuri kerencaman isu global kini.

Klik : http://www.4shared.com/file/6038406/244655cb/BENGKEL_TINDAKAN_ISU.html

Klik juga :

http://www.4shared.com/file/6055455/bd12dd49/HANDBIL_UNITE.html

Presiden UNITE


Posted at 03:20 pm by u-nite
Comment (1)  

Bebanan Sistem Pendidikan

 

TAJUK : BEBANAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 

Kederasan arus Globalisasi seiring kemajuan teknologi yang pesat hasil reformasi sistem sosial serta biasan teknologi dunia telah mencetuskan pelbagai evolusi dalam setiap bidang di Malaysia terutamanya  dalam sistem pendidikan yang kian bertukar dasarnya agar seiring dengan kehendak dunia masa kini. Pendidikan kini pula digandingkan dengan peluang pekerjaan di mana kurikulum yang dibinanya berdasarkan 'Teori Kurikulum Fungsional' di mana pendidikan adalah untuk mengisi petak pekerjaan untuk masa hadapan. Bagi tujuan begitu, adalah perlu untuk membangunkan tenaga buruh yang mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan  pengetahuan menggunakan ICT serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Justeru untuk memenuhi keperluan tersebut, pemerkasaan sistem pendidikan telah dirancang agar ketumbukan berkualiti yang mantap akan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta supaya sepadan dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan.

 

Lantaran dasar pendidikan Malaysia yang sering berubah secara drastik secara tidak langsung sebenarnya telah meningkatkan kos atau perbelanjaan yang semakin meningkat disebabkan untuk merealisasikan pelaksanaan kurikulum tersebut. Sebagai contoh pengubahsuaian pembelajaran daripada bahasa melayu kepada bahasa Inggeris sebagai pengantar dimana kos yang dilabur untuk pemerkasaan bahasa Melayu melalui usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka tidak sedikit dikeluarkan. Pengubahsuaian yang berlaku juga telah membawa implikasi kenaikan kos pelajaran di malaysia demi menampung kelompangan kos akibat ubahsuai, latihan dan pakej baru untuk setiap perubahan yang terlalu drastik dan tidak konsisten. Kesannya, sama ada sedar atau tidak telah memberi tekanan kepada rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan sederhana yang terpaksa menanggung bebanan kesempitan kewangan lantaran kos perbelanjaan pendidikan yang kian meningkat tidak sepadan dengan taraf kehidupan mereka. Namun,secara hipotesisnya persoalan yang timbul dan ingin di ketengahkan oleh penulis bukanlah bidang kursus apa yang perlu dipilih atau tempat pengajian mana yang berkualiti agar dapat menjamin pekerjaan masa hadapan tetapi sejauh mana kualiti pendidikan di Malaysia sepadan dengan pengeluaran kos yang dikeluarkan oleh pelajar untuk pengajiannya.

 

            Pembaharuan demi pembaharuan dalam sistem pendidikan yang dirancang serta dilaksanakan bukanlah menjadi suatu kesalahan mahupun kesilapan namun ianya sepatutnya dilaksanakan seiring purata taraf ekonomi rakyat di Malaysia.Ketinggian kos perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh sekalian rakyat yang tidak berpendapatan tinggi telah membebankan kehidupan mereka walhal tidak sepadan dengan tahap pendidikan yang di ambilnya. Sistem pendidikan yang ada menyebabkan yuran terlalu tinggi dan boleh dikatakan 'ajaib'. Ada yuran pengajian, yuran perpustakaan, yuran kesihatan, yuran sukan, bayaran nota, yuran peperiksaan dan berbagai lagi. Masyarakat yang berpendapatan rendah (akibat diperah habis-habisan oleh sistem kapitalis) terpaksa menyerah diri dan menerima bahawa mereka tidak mampu memberikan pendidikan sempurna kepada anak mereka kerana tingginya perbelanjaan pendidikan pada hari ini. Memang sudah menjadi kelaziman sebuah negara kapitalis akan wujud dua golongan iaitu antara yang berkemampuan mendapatkan pendidikan dan ada yang akan tewas serta tidak mampu mendapatkan pendidikan akibat dari tingginya kos hidup, golongan miskin gagal untuk bersaing di pasaran. Maka, akan terwujudnya golongan yang mundur pendidikannya akibat dari kurikulm pendidikan moden yang dilaksanakan di sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, dan lembaga-lembaga pendidikan yang ada di seluruh negara di dunia.

 

            Rentetan daripada kos perbelajaan untuk belajar tinggi,timbul pula isu biasiswa dan pinjaman kewangan daripada badan-badan tertentu. Bagi menutup segala isu-isu yang timbul, satu langkah telah dilaksanakan dengan memberi pinjaman kewangan kepada pelajar yang tidak mampu untuk meneruskan pengajiannya. Diberi pinjaman yang tinggi, namun hakikatnya adalah untuk membayar bebanan yuran yang bermacam dan akhirnya pinjaman tersebut akan dibayar balik oleh ibu bapa pelajar tersebut ataupun dituntut semasa mereka bekerja kemudian hari. Bukanlah menjadi persoalan, mengapa perlu bayar yuran untuk belajar, tetapi persoalannya, mengapa yuran yang dikenakan terlalu tinggi sehinggakan membebani hidup-hidup insan yang sememangnya dhaif dan susah. Tidaklah menjadi suatu yang wajar sekiranya seorang insan yang ingin mencari ilmu terpaksa melupakan hasratnya hanya kerana tidak mampu unuk membayar atau menanggung yuran persekolahan atau pengajiannya yang begitu tinggi (tidak sesuai dengan pendidikan yang diambil). Sewajarnya biasiswa tidak perlu direbut jika sudah jelas yuran yang rendah dikenakan. Kini pertarungan dan persaingan mendapat biasiswa amat menjadi-jadi sehingga timbulnya budaya ampu-mengampu, rasuah serta lobi-melobi demi mendapat biasiswa yang sebenarnya kembali menjadi milik pengurusan pendidikan.

 

            Ketidak adilan juga berlaku kepada golongan luar bandar yang membayar yuran yang sama dengan golongan di bandar sedangkan kualiti serta insfrastruktur yang diterima tidak sepadan sama sekali. Sebagai contoh, mata pelajaran ICT di perkenalkan di sekolah di Malaysia. Semua pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran tersebut sama ada bersekolah di bandar ataupun di luar bandar. Yuran yang dikenakan setiap tahun juga adalah sama untuk matapelajaran baru ini.Namun,infrastruktur atau kemudahan di sekolah tidak sama. Di luar bandar hanya belajar secara teori memandangkan sebuah komputer pun tidak dibekalkan atau terlalu sedikit komputer yang disediakan untuk digunakan kepada pelajar-pelajar berbanding  di bandar yang mana setiap pelajar dibekalkan kemudahan di mana satu komputer seorang pelajar. Jadi, kualiti yang boleh kita bandingkan adalah terlalu ketara di mana sekolah di sini di ajar teori sahaja manakala satu sekolah lagi diajar teori dan dipraktikkan sekali ilmunya.

 

            Persoalan yang timbul ini bukanlah mahu dijadikan `buah mulut yang bertujuan untuk diperkatakan tetapi sekadar mahukan kebijaksanaan serta penelitian yang terancang agar keadilan dan kebajikan rakyat di jadikan rujukan utama dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Tidak perlu pinjaman kewangan yang tinggi, juga biasiswa yang banyak sekiranya kadar yuran serta kos perbelanjaan pengajian ditetapkan mengikut taraf ekonomi rakyat. Andai keutamaan ilmu pengetahuan untuk rakyat di utamakan, rasanya tiada masalah untuk pelajar mendapat kualiti pendidikan yang tinggi. Contohilah negara-negara yang maju di mana pendidikan untuk rakyat diutamakan sehinggakan membuka sekolah percuma kepada para pelajar yang tidak berkemampuan demi masa depan rakyat mereka.

 

`Kematapan Pendidikan Kualiti Terjamin

 

Nor Hidayah Osman

Jurnalis UNITE

UPSI

http://unite.blogdrive.com


Posted at 04:11 am by u-nite
Comment (1)  

Nov 15, 2006
PROGRAM MEGA UNITE MUSIM INI!!!

Program Terkini Anjuran University Of Thinker ( UNITE )

 

 

Kini, kami di pihak University Of Thinker ( UNITE ) kembali menggegar dunia keilmuan anda dengan menyediakan kursus-kursus dan bengkel-bengkel istimewa buat manfaat kita bersama. Kekisi-kekisi dunia keintelektualan bakal kami penuhi dengan menyajikan santapan pemikiran yang lazat buat anda semua, bertepatan dengan motto kami Intelektual Membumi, Tradisi Harmoni.

 

BENGKEL TINDAKAN ISU

 

Tajuk :

 

1.      Pemahaman Sejarah Secara Adil Dalam Memahami Erti Patriotisme

2.      Ancaman Globalisasi dan WTO terhadap ekonomi negara membangun

3.      Pertentangan Ideologi Ekonomi Kapitalis dan Sosialisasi : Suatu Teori Umum

4.      Pelan Tindakan Isu

 

Tarikh : 5 Disember 2006

Tempat : Cadangan ( Masjid Bangsar )

Masa : 9 pagi 6 petang

Yuran : RM 10

 

Anjuran : Fakulti Sejarah dan Sains Sosial serta Fakulti Politik dan Isu Semasa

 

BENGKEL PENGGIAT SOSIAL BERSAMA PRIHATIN MALAYSIA

 

Cadangan slot : 3 ceramah + 1 LDK

 

Tarikh : 24 Disember 2006

Masa : 9 pagi 5 petang

Tempat : Masjid Danau Desa

Yuran : RM 5

 

Pengumuman :

 

UNITE mempunyai 4 Fakulti iaitu :

 

1)    Fakulti Sejarah dan Sains Sosial (Dekan : Cik Anie Noraini 017-6872494)

2)    Fakulti Politik dan Isu Semasa (Dekan : Cik Siti Norhani Hidayah 012-7564727)

3)    Fakulti Kaunseling dan Psikologi (Dekan : Cik Dayang Sohana Herma 017-2230181)

4)    Fakulti Latihan dan Khidmat Sosial (Dekan : Encik Nik Abdul Razak 017-9087190)

 

 

AHMAD SHAKIR BIN SALLEH

SETIAUSAHA,

UNIVERSITY OF THINKER [ UNITE ]

017-2677140

 


Posted at 02:18 am by u-nite
Comments (2)  

Nov 14, 2006
UNITE'S advertisment (Forum DEB)

Youth For Change (Y4C)& Penang Youth Graduates Society

Mempersembahkan

Forum "Adakah DEB Masih Releven?"

Tarikh: 18 November 2006 (Sabtu)

Masa: 8.00pm-10.30pm

Tempat: Penang Chinese Assembly Hall

Bahasa: Bahasa Melayu / Inggeris

Panel:

YB Dato' Dr. Toh Kin Woon

(Ahli Exco Pulau Pinang dalam Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia)

Tan Sri Khalid Ibrahim

(Bendahari Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan bekas CEO Kumpulan Guthrie)

Abstrak: 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dikemukakan pada 1970 sebagai satu tindakan afirmatif untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula kekayaan masyarakat. Sasaran DEB adalah untuk membantu bumiputera mencapai penglibatan 30% dalam pemilikan ekuiti saham atau bidang profesional.

Kebelakangan ini, kontroversi kajian tajaan ASLI telah menunjukkan bahawa "pemilikan ekuiti Bumiputra" dalam DEB telah tercapai. Malaysiakini juga melaporkan bahawa satu kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM), bahawa Bumiputra telah mencapai pemilikan ekuiti sebanyak 33% sepuluh tahun yang lalu. Ramai orang mula tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku sepanjang dasar ini dijalankan.

Adakah peratusan permilikan ekuiti dapat membayangkan kekayaan sesuatu negara? Jika kewujudan DEB itu diasaskan untuk mencapai peratusan ekuiti Melayu yang berjumlah 30 peratus. Malah, mengapakah kajian ASLI yang menunjukkan bahawa tahap ekuiti itu sebenarnya sudah melebihi sasaran telah menimbulkan kemarahan yang begitu hebat khasnya di kalangan para pemimpin Umno?

Selepas 30 tahun DEB ini dilaksanakan, adakah dasar ini benar-benar telah mengurangkan kemiskinan bumiputera? Sekiranya tidak, siapakah yang beruntung melalui dasar ini?Yang penting sekali, adakah DEB masih satu polisi yang releven sedangkan kita berada dalam zaman globalisasi?

Adakah anda mempunyai persoalan yang sama dengan kita?

Marilah datang  forum ini  ramai-ramai!
 

Marilah kita bincang sama-sama!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Chia Ming 012-4520913, Khai Loon 013-3970519 atau Yee Ling 012-7355025 / Emel ke y4c2006@gmail. com

 


Posted at 08:22 pm by u-nite
Comment (1)  

UNITE's advertisment !! (Human Right)

Count down 27 days to

"7th HUMAN RIGHTS CAMP"

11/12/2006 ~ 13/12/2006

 

DO you know about your rights?

Letfs join dema human rights camp to know the basic human rights concepts and to avoid being the victims of violations. Letfs work together for a better future!

 

Activities such as exposure trip, movie screening, sharing session with the human right activists etcc

 

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Date      : 11- 13, December 2006

(1 day Exposure Trip, 2 days Camp)

Venue   : New Era College , Kajang, Selangor

Fees      : RM 35

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

 

Camp Content:

Exposure trip to social issues:

Refugee, labor worker, ISA (Internal Security Act), Squatter Area, and other marginalize groups.

 

Program:

Introduction to Human Rights

Exposure Trip Presentation

Malaysia Human Rights Condition Analysis

Movie Screening

Case Studies

Human Rights Activist Sharing

Youth Participation & Groups Discussion

Games & Games & Gamescccc

 

Further Information & Registration Please Contact:

Simon                  012-4202264

Sok Swan             019-4150012

Email: demamalaysia@ gmail.com

 

Organize By:

Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

KL Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section (KLSCAHY)

 

Huh! Still Consider? Just fill the form and send to DEMA email to register yourself !!!

 

Registration Form

 

Name:                                            Age:

Gender:                                            Date of Birth:

IC No:

Contact No:

Email:

University / College:

Course:

Organization (if got) / Activity Experience:

Address:

Meals:      Vegetarian          Non Vegetarian

Date:

Signature:

 

* You can submit this form to our email.

Information Contact:

Simon              012-4202264

Sok Swan        019-4150012

Email: demamalaysia@ gmail.com

Office Add: 3, Jln 5/58, Tmn Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Office Tel / Fax: 03-77839525


Posted at 08:03 pm by u-nite
Make a comment  

Nov 6, 2006
UNITE terus menapak ke selangkah ke hadapan

                      UNITE terus menapak ke selangkah ke hadapan

         

Khamis, 2 November 2006 - Baru-baru ini, UNITE telah menganjurkan Bengkel Penulisan Muda : Penulisan Dakwah dan Kreatif bertempat di Masjid KLCC, bermula pekul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Bengkel penulisan tersebut dihadiri seramai 35 orang peserta yang hadir dari pelbagai negeri dan kampus. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada golongan mahasiswa. Bengkel penulisan tersebut disampaikan oleh Saudara Muhammad Nuruddin Bashah, merangkap Presiden UNITE. Bengkel tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu slot teori komunikasi dan konsep penulisan. Sepanjang bengkel penulisan tersebut, peserta dibekalkan dengan bahan-bahan penulisan sebagai bahan rujukan untuk mengarang. Sebelum bersurai, peserta-peserta telah disediakan dengan modul LDK oleh pihak penganjur sebagai penilaian terhadap kefahaman mereka sepanjang slot-slot bengkel penulisan dijalankan. UNITE akan meneruskan misi untuk mengasah bakat-bakat setiap individu masyarakat melalui program sebegini, di samping mencapai matlamat utama iaitu membumikan intelektual dalam masyarakat dan melahirkan masyarakat yang celik dan sedar akan budaya membaca. UNITE akan terus mengatur dan menyusun program-program seumpama bengkel penulisan muda untuk meningkatkan keilmuan dan kemahiran  masyarakat dalam pembikinan masyarakat model.

 

UNIT BERITA DOMESTIK

UNITE

 

 

 

 


Posted at 11:35 am by u-nite
Make a comment  

Oct 23, 2006
Salam Aidilfiti

 

Salam Aidilfitri kepada semua. Saya sekarang berada di CC Balik Pulau Pulau Pinang, Pulau Mutiara lagi Bersih. Sengaja menulis sementara menunggu untuk berbuka. Tahun demi tahun saya sekeluarga tak pernah pun buat kuih melainkan masak nasi bukhari atau nasi tomato. Kuih dan lain-lain selalunya dibeli sahaja.

Saya merasa bahawa lebaran pada kali ini adalah bermakna untuk saya kerana berjaya mengumpulkan kesemua ahli keluarga yang terlalu sukar untuk berkumpul dan bermesra. Alhamdulillah, tahun ini agak berlainan.

Saya amat kesal dengan beberapa mesej yang menulis pada blog UNITE ini dan blog Munawwarah peribadi saya tentang perkara yan tidak sewajarnya dipaparkan. Dan sikap dengki dan hasad ditonjolkan oleh individu yang menggunakan nama samaran sebagai : papejelah. Dan kemudiannya menggunakan juga nama : boyot. Sebenarnya kami UNITE senantiasa memantau mesej ini dan dapati IP yang digunakan selalunya sama pada setiap kali keluar mesej dari papejelah dan boyot. Beliau tidak berani menzahirkan nama sebenarnya kerana sikap hasad dan dengki yang terlalu menebal dalam jiwanya dan saya percaya beliau seorang Melayu yang 'kalah' pada hati sendiri. Kami telah berhubung dengan pihak Telekom tetapi dihalang kerana kes ini bukanlah kes jenayah untuk kita meneliti IP dan pemilik server internet yang digunakan oleh beliau. bagimana pun pihak UNITE mengetahui siapa beliau walaupun selepas ini beliau menggunakan nama samaran lain.

Beliau menggunakan nama-nama ustaz untuk 'bertawasul' (gerentor) sedangkan ustaz berkenaan tidak mengiyakannya. Saya berani membawa beliau berjumpa sesiapa sahaja asalkan hatinya puas. Sedih di bulan yan mulia ini, manusia yang mungkin terdidik dengan 'agama' dan merupakan bangsa Melayu membuat aktiviti tidak sihat iaitu mencari kesalahan orang dan mewar-warkan pada umum. Sedangkan hal ini tidak diajar oleh Baginda SAW. Menfitnah dan menulis perkara yang tidak ada serta berbangga pula dengan usaha 'murni'nya itu. 

Beliau mengatakan Presiden UNITE tidak berkata apa-apa menandakan saya setuju dengan sikapnya, jawapan saya adalah- golongan munafik seperti Abdullah Bin Ubai, masih diterima akal fikirannya oleh Rasulullah SAW, dan diajak berperang bersama-sama. Golongan munafik disorok kemunafikkan oleh Baginda SAW dan masih menerima mereka untuk bersolat bersama. Sedangkan manusia yang bernama 'papejelah' ini bukannya munafik yang dilaknat sebaliknya manusia biasa yang mungkin sekadar tiada panduan hidup untuk menulis, membaca dan menyebarkan idea bernas untuk generasi muda. Tidak langsung golongan sebegini menyahut seruan BOIKOT USA kerana mereka tiada perasaan dan kesedaran sosial sebaliknya hanya mengikut dan menurut sahaja pendapat oran lain. Justeru saya menyeru agar kita mendoakan golongan sebegini mengubah sikapnya agar bersama mempunyai 'kesedaran sosial' seperti pembaca sekalian.

Akhir kata saya selaku Presiden UNITE mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri. Salam Perjuangan Berasaskan Pemikiran yang Sihat.

 

Presiden University OF Thinker


Posted at 07:03 pm by u-nite
Comment (1)  

Oct 18, 2006
Minda Melayu

MELAYU : MODEL MINDA PERLU DIJANA

 

Dalam era mengenal dunia cyber abad ke 21 ini, kita harus meletakkan matlamat yang realistik untuk mengangkat martabat Melayu ke tahap cemerlang seiring dengan matlamat negara maju pada tahun 2020. Kita berharap apabila Malaysia berjaya merealisasikan impiannya untuk menjadi negara maju dalam pelbagai dimensi termasuk ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan pada tahun 2020 nanti, umat Melayu turut mengalami proses transformasi dan reformasi untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Tidak ada manfaatnya andai Malaysia mencapai negara maju sekiranya umat Melayu masih ketinggalan dan tidak menerima faedah daripada kemajuan yang diidamkan tersebut.

 

Menjadi suatu adat, apabila setiap bangsa yang berjaya di dunia ini akan menjadi tumpuan seluruh dunia lantas menjadi aset untuk dikaji tentang apakah faktor di sebalik tabir atas kejayaan mereka sebenarnya? Memang banyak faktor yang menjadi sebab dan asas kepada kejayaan mereka tetapi yang terpenting dan yang menjadi akar umbi kepada segala faktor yang sedia ada ialah minda sesuatu bangsa tersebut. Dengan keupayaan bangsa Melayu menempa kejayaan setakat ini, adalah wajar kita memahami dan membentuk minda kita sendiri bagi memastikan agar kejayaan tersebut berterusan dan menjad ikutan setiap bangsa Melayu yang ingin berjaya. Dalam konteks yang ingin dibincangkan mengenai minda ini ialah minda Melayu Muslim kerana Melayu yang ingin kita tonjolkan sebagai penggerak pembinaan negara dan tamadun kita ialah Melayu yang jelas dengan tasawurnya, jelas dengan nilai pegangan serta prinsip hidupnya iaitu Islam.

 

Bukanlah agama Islam yang ingin ditonjolkan dalam penulisan kali ini, tetapi sudah menjadi seperti isi dan kuku, Melayu pasti dikaitkan dengan Islam. Bezanya kita (bangsa Melayu) berbanding dengan sebahagian masyarakat Islam yang lain ialah mereka lebih mementingkan label dan laungan Islam, tetapi kita lebih mementingkan pencernaan, penterjemahan dan natijah Islam dalam bentuk yang pragmatis dan berkekalan. Kita percaya Islam itu kaya dengan ilmu dan Islam juga memberi ruang yang luas dan pelbagai opsyen dalam menghadapi cabaran kontemporari dalam tuntutan kehidupan, tanpa mengambil kira zaman atau tempat. Islam adalah suatu cara hidup yang mengizinkan pelbagai pendekatan bertepatan dengan batasan yang ditetapkan. Ia seharusnya digali, digubal dan diinovasikan dalam ruang bertindak yang sangat luas. Dalam Islam yang diharuskan itu lebih banyak berbanding yang ditegah.Sama ada kita menerokai disiplin ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi, pendidikan, riadah dan sebagainya, kita akan sentiasa menjumpai opsyen Islam yang pelbagai pendekatan. Persoalannya, mengapa dengan kelonggaran yang disediakan, kadangkala kita mesih terbawa-bawa dengan perspektif yang sempit. Kita masih izinkan diri  serta pemikiran kita dijajah dengan perspektif yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya kita. Kita masih berasakan pergerakan kita terkongkong, masih merasakan kita tidak boleh melepaskan diri daripada belenggu pemikir asing dan sebagainya. Hal sedemikian berkemungkinan kerana kita tidak sedar akan potensi dan bakat yang ada pada diri kita. Mungkin juga di antara kita  yang tidak mahu mendedahkan diri kita kepada perkara-perkara yang baru, kerana setiap yang baru itu ditanggapi mencabar status-quo atau kedudukan umat Melayu.Mungkin ada juga yang terlalu merendahkan diri sehingga sikap rendah diri melahirkan perasaan terlalu kagum dengan pencapaian dan kelebihan orang lain lantas menjadikan masyarakat kita mengagumi bangsa lain dan membawa sindrom pasif kepada umat Melayu sehingga zaman kini. Atau mungkin juga keadaan persekitaran kira yang kurang mendukung usaha kita ke arah pembentukan insan yang berdaya tahan baik dari segi mental, intelektual mahupun spiritual.

 

            Minda yang terjana adalah berkait rapat dengan sikap yang telah lama tersemai dalam diri seseorang individu.Terjananya minda yang negatif lahir daripada sikap yang sudah menjadi tabiat yang kurang elok dan juga  buruk. Kelemahan umat Melayu sehinggakan berjaya dijajah adalah hasil daripada sikap yang negatif maka hasil daripada sikap tersebut maka mindanya juga berjaya dijajah. Sebagai contoh, pemimpin Melayu pada zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris tidak bersatu, saling bergaduhan lantas timbullah bibit-bibit permusuhan dan akhirnya penjajah menggunakan taktik pecah-perintah. Maka berlakulah pemisahan kuasa antara pembesar menyebabkan pembesar tidak lagi bersatu untuk mentadbir tanah air sendiri. Agenda inilah yang menyebabkan negara kita berjaya dijajah beratus tahun lamanya. Hal sedemikian  tercetus disebabkan sikap iri hati dan dengki antara satu sama lain atas kelebihan orang lain sehingga  bagai merelakan bangsa lain maju, jangan bangsa sendiri. Sikap sebegini sedar atau tidak sebenarnya telah menjadi suatu adat yang berjaya diwarisi sehingga kini sekalipun zaman telah berganti dan negara tidak lagi dijajah. Pewarisan sikap negatif ini telah mengakibatkan bangsa Melayu kini sukar untuk berjaya apatah lagi untuk merealisasikan impian untuk mencapai Wawasan 2020. Maksud tersirat yang ingin disampaikan bukanlah untuk melemahkan atau menghina bangsa mulia ini tetapi haruslah menjadi suatu kesedaran bahawa umat Melayu kini agar segera menghapuskan sikap sebegini agar ianya bukanlah menjadi tembok besar untuk mencapai segala visi dan misi yang telah digarapkan.

 

            Menjadi suatu penyakit juga dalam badan kebanyakkan umat Melayu sehinggakan boleh dikatakan hampir gagal untuk mencari imunisasi akan penyakit ini. Kebanyakkan bangsa Melayu enggan mempelajari kemajuan-kemajuan teknologi asing . Mereka leka dan berpuas hati dengan apa yang ada. Maka, akhirnya penjajah dengan mudahnya mengalahkan orang Melayu terutamanya dari sudut ekonomi dan pembangunan negara. Bukanlah hendak dikatakan  bangsa Melayu kini mundur tetapi setelah mendapat satu sentakan yang hebat barulah segera bangkit daripada terlena panjang, bak kata pepatah Sudah terhantuk, baru tengadah. Namun begitu, harus sedarlah bahawa kebangkitan itu sebenarnya agak terlewat kerana kita kini bukanlah menjadi bangsa yang teratas dalam segala-galanya sekalipun di tanah air sendiri. Walau bagaimanapun, bukanlah menjadi suatu kesalahan apabila kita kembali bangkit menebus segala kejahilan yang pernah melanda umat Melayu silam lantas bangun untuk merealisasikan 1001 harapan yang di canang-canangkan.

 

            Namun begitu, di sebalik sikap yang terlalu tertutup, terdapat juga segelintir bangsa Melayu yang terlalu mengagung-agungkan bangsa asing ataupun pihak penjajah terutamanya negara Barat sehingga melahirkan minda yang sentiasa mengiktiraf segala yang datang dari Barat semuanya berkualiti dan moden. Mindanya juga berjaya dijajah oleh fahaman kolonial termasuk dari segi pendidikan, keusahawanan dan sebagainya. Produk Melayu begini yang tidak pernah memberi sokongan serta semangat kepada bangsanya sendiri sehinggakan sanggup mengatakan bahawa bangsanya adalah mundur, tidak berkualiti dan terlalu konservatif.

 

            Daripada kecelaruan yang berlaku ini, kita seharusnya bertanya, apakah kesilapan kita? Bagaimana kita harus perbaiki keadaan dan siapa yang harus berperanan? Apakah bentuk penyelesaian yang ingin kita utarakan? Apakah pelan tindakan yang harus kita sediakan? Apakah aspek-aspek yang boleh kita menfaatkan daripada khazanah ilmu yang sedia ada, baik daripada sumber Islam mahupun daripada sumber bukan Islam? Sekerap mana kita harus lakukan pemantauan dan penilaian semula pada pelan tindakan kita? Soalan-soalan tersebut dan banyak lagi tidak mungkin dapat dicari semalaman atau hanya dengan beberapa perjumpaan dalam seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Apa yang jelas, kita perlu memulakan usaha perintis untuk menggabungkan tenaga pemikir Melayu daripada pelbagai sektor untuk duduk di bawah satu bumbung dan berbincang secara fokus mengenai satu aspek potensi umat Melayu, iaitu mindanya.

 

Dalam menempuh abad ke-21, kita harus sedar bahawa kita bertanggungjawab memperbetulkan tanggapan dunia mengenai minda Melayu. Kita harus mengheboh-hebohkan segala kejayaan dan sifat-sifat positif  minda Melayu, ketekunan kerja orang, Melayu, semangat kerja berpasukan orang Melayu dan sebagainya.Minda Melayu yang harus kita cerna dan bentuk untuk abad akan datang ialah minda Melayu yang inquisitive, minda yang analatikal dan mempunyai kesedaran dalam subconscious mind bahawa umat Melayu, khasnya Melayu Muslim, boleh menjadi bangsa yang hebat, disegani, diteladani dan sebagainya.

 

Noor Hidayah Ninti Osman

Universiti Pendidikan Sultan Idris

2006

 

 

 

RUJUKAN

 

1)      MERTABAT MELAYU CEMERLANG, Mohd Basri Sulaiman dan Noor Azah Hashim.

2)      BERAKHIRKAH DILEMA MELAYU?, Ahmad Atory Hussain.

 


Posted at 08:50 pm by u-nite
Make a comment  

Oct 16, 2006
Edaran Di Seremban

EDARAN RISALAH DI SEREMBAN..UNITE TERUS MARA

14 Oktober 2006, Seremban

 

UNITE telah menganjurkan suatu program edaran risalah Boikot barangan USA dan Israel pada hari Sabtu yang lalu dan disertai oleh 7 anak muda yang bersemangat tinggi. Bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Bahan yang mensasarkan penerima sekitar Stesyen Bas Terminal One Seremban sahaja. UNITE berasa amat gembira apabila usaha tersebut mendapat sokongan pengawal keselamatan dan turut menyebarkan bahan yang disediakan. Diharapkan semangat dan sikap begini mula bertunas dikalangan masyarakat Malaysia. Boikot perlu progresif dan berterusan.

 

UNITE BERITA DOMESTIK UNITE

Salam Ramadhan


Posted at 11:33 pm by u-nite
Make a comment  

Oct 12, 2006
Keharmonian Beragama di Malaysia

KEHARMONIAN BERAGAMA DI MALAYSIA

 

 Tiap-tiap agama percaya kepada tuhan , percaya kepada dunia akan datang dan semua agama menggalakkan umatnya membuat kebaikan . Tidak ada agama yang menerima pembunuhan , penyiksaan atau lain -lain kegiatan pemusnahan. Sesiapa sahaja yang menerima kepercayaan kepada tuhan , membuat kebaikan , percaya kepada agama yang diyakini benar tidak kira Islam , Kristian , Buddha atau Hindu ,akan terdapat ganjaran dari tuhan.

 

Oleh itu , dalam satu komuniti manusia akan wujudnya agama -agama yang berlainan. Tetapi ini tidak menjadi satu masalah dalam mewujudkan keharmonian , tidak kira keharmonian dari segi agama mahupun kaum. Pada pandangan Islam, manusia dianggap sebagai satu , setiap orang menyembah tuhan dan sewajarnya membuat kebaikan serta menerima akibat dari perbuatannya dalam dunia akan datang. Adakah pandangan ini berlainan dengan agama-agama yang lain ?. Mengapa masih terdapat begitu banyak perselisihan dan pergolakan dalam masyarakat manusia global ?

 

Jika dilihat dalam skop yang lebih kecil , iaitu dalam negara Malaysia ini sendiri, penulis merasakan Islam adalah sempurna untuk diamalkan di sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Ini kerana Islam menerima agama yang lain dan memberi hak yang sama kepada orang muslim dan non muslim. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah jauh terpesong dari landasan kebersamaan . Islam yang diamalkan oleh sebahagian umat islam di Malaysia adalah Islam yang berfikiran sempit dan yang lebih teruk lagi apabila cauvinisme telah menjadi sebahagian daripada kepercayaan mereka. Islam di Malaysia dipandang dalam peraspektif komunal. Mungkin ini tidak dapat dielak memandangkan tanggapan masyarakat bahawa semua melayu adalah muslim dan Islam dipandang sebagai agama Melayu. Definisi 'melayu' di dalam Perlembagaan Malaysia sendiri mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan Islam. Bagaimana ingin mengambil kepercayaan non muslim jika penekanan yang dibuat bukan pada agama tetapi hanya pada kaum.

 

Dalam suasana masyarakat sekarang , dimana kesedaran etnik semakin  meningkat. orang -orang bukan melayu yang minoriti akan mengembangkan kesedaran yang jelas tentang latar belakang etnik mereka. Ini sedikit sebanyak telah menghasilkan jurang yang semakin besar antara orang- orang muslim dan non muslim. Orang -orang muslim yang  mungkin memandang agama mereka 'lebih unggul' dari yang lain akan mungkin bertindak merungkai  nilai dan pertalian umum yang wujud antara islam dengan agama lain. Keharmonian beragama telah menjadi satu kata -kata dongengan yang tidak bererti. Adakah kita sanggup menjadi seperti burung kasawari yang membenamkan kepalanya ke dasar pasir, dengan harapan masalah ini akan hialng. Alangkah bagusnya jika terdapat lebih banyak individu yang mempunyai kesedaran untuk mengadakan perbincangan atau forum ataupun kursus bagi menyedarkan betapa pentingnya keharmonian dalam beragama. Akan tetapi Islam tetap berprinsip dan prinsip tidak boleh disentuh dalam mana-mana forum sekalipun. Inilah pendapat peribadi saya. Adalah asas dalam satu negara yang berbilang agama, supaya setiap orang memahami nilai -nilai dan falsafah beberapa agama yang diamalkan di negara ini. Pemahaman agama lain akan menyebabkan kita mengetahui adab, norma kehidupan dan budaya etnik lain sekaligus menyebabkan keharmonian wujud.

 

Bagi umat islam di Malaysia terutamanya, adalah perlu bagi kita memahami islam yang benar dan progresif agar dapat mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Untuk memahami islam yang progresif, idealisma yang progressif serta sahih berteraskan normatif  Al Quran dan Hadis mestilah ditanam dalam setiap individu bagi mengelakkan bersarangnya fikiran konservatif. Bagi umat islam, mereka seharusnya mengutanmakan ad-din agama lebih daripada cara dan upacara. Percaya bahawa hakikat perubahan dan pertukaran yang sentiasa berlaku adalah sah dengan nilai yang menjadi teras agama. Tidak berfikiran sekular dan menerima ijhtihad atau penyiasatan bebas yang tidak berdasarkan nilai Quran dan Sunah serta memahami peranan akal diberi penekanan dalam soal agama. Selain itu, umat islam juga seharusnya boleh menerima idea dan konsep dari luar Islam asalkan ia selaras dengan nilai asas Quran (Rujuk Fiqh Daulah Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi). Sebagai contoh, unsur yang sihat dari sudut fizikal dan sosial 'barat' boleh diterima dan adalah penting untuk pembangunan islam boleh diambil. Umat islam yang progresif akan menggangap perubahan struktur sebagai usaha yang sama penting dengan   pendidikan moral yang bertujuan mewujudkan insan yang baik ( madinatul Fadilla ). Dalam mewujudkan insan yang baik, tidak seharusnya membeza - bezakan mengikut jantina , kaum, bangsa, atau agama.

 

Untuk memastikan pemikiran progresif benar -benar berakar umbi dalam tradisi pemikiran Islam, umat islam mestilah mengamalkan konsep perpaduan manusia bukan berdasarkan kaum , keturunan , ataupun agama. Piagam Madinah yang dirangka Rasulullah, contoh dari pemerintahan Saidina Umar dan Ali serta tulisan tokoh -tokoh islam sepanjang sejarah, semua membawa kepada kesimpulan yang sama iaitu Islam percaya kepada perpaduan manusia. Sebelum mengakhiri tulisan ini, ingin saya tegaskan betapa pentingnya sikap progresif , rasional ,  toleransi dan sikap yang tidak dogmatik dan tidak cauvinis dikalangan generasi baru jika mereka ingin memimpin rakyat ke arah keharmonian dan perpaduan dalan negara yang berbilang kaum dan agama. Tulisan ini adalah mencerminkan minda saya selaku penganut Islam.  

 

Alifah Ahmad

Jurnalis UNITE

Kolej Lagenda Mantin 

 


Posted at 04:19 am by u-nite
Comments (5)  

Next Page